Blogger Themes

Wednesday, July 17, 2013

2 RESEPI AYAM MASAK PEDAS

Bahan-bahan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
cili padi
bunga kobis
lobak merah
sos cili
sos tiram

Cara membuatnya
Goreng ayam dulu. Angkat dan ketepikan. Mayang kasar bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Tumis hingga naik bau. Masukkan sedikit air. Masukkan sos cili dan sos tiram. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Masukkan bunga kobis dan lobak merah. Setelah masak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Siap!

1 AYAM GORENG CILI PADI


Bahan-bahan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
cili padi

Cara membuatnya
Goreng ayam yang telah digaulkan garam dan kunyit. Jangan goreng garing ayam tersebut. Jika gemarkan ayam yang dipotong kecil-kecil, potongkan ayam dahulu. Angkat dan ketepikan.

Kisarkan bahan-bahan di atas kecuali cili padi. Tumiskan sehingga naik bau. Kisar cili padi tetapi jangan kisar halus. Tapiskan cili padi tadi untuk buang airnya. Masukkan cili padi yang ditapis tadi dan masak seketika. Masukkan garam, gula dan sedikit cuka secukup rasa.

Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata. Sedia dihidang.

*cili padi ikut selera anda.jika mahu pedas, gunakan lebih.


1 SIAKAP ASAM REBUS

Resepi Ikan Siakap Masak Asam Rebus

Haa nama pun dah ada "rebus". Resepi ni macam asam pedas tapi bezanya asam pedas ditumis dulu manakala asam rebus hanya direbus, tidak menggunakan minyak langsung.

Bahan-bahan
3 potong ikan siakap
1 ulas besar bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
3 keping asam keping
daun kesum

Cara membuatnya
Kisarkan semua bahan di atas kecuali asam keping, daun kesum dan ikan. Masukkan ke dalam kuali. Tambah air secukupnya. Masukkan asam keping dan garam. Biar mendidih. Masukkan ikan siakap serta daun kesum kemudian tunggu ikan masak. Sedia dihidang.

*boleh juga tambahkan bendi atau tomato jika suka.

4 RESEPI KUIH CEK MEK


Pernah makan kuih cek mek? Jom buat sendiri. Lagi puas hati.

Bahan-bahan
Keledek
Tepung gandum
Gula pasir

Cara-caranya
Kupas keledek dan potongkan. Rebus sehingga masak.


Angkat keledek dan toskan. Tumbuk keledek yang masih panas tadi hingga halus. Kepalkan bulat-bulat kesemuanya dan bentukkan menjadi bentuk cek mek. Masukkan gula dan goreng sehingga kekuningan.


Angkat dan sedia dihidang :)




Tuesday, July 16, 2013

1 RESEPI BAHULU

Resepi Kuih Bahulu

Bahan-bahan

10 biji telur gred A
350g gula pasir
1 sudu teh esen vanila
200g tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder

Cara-caranya

Pukul telur, gula dan esen vanila sehingga kembang. Ayakkan tepung gandum dan baking powder. Campur telur yang telah dipukul tadi dengan tepung yang telah diayak. Pukul lagi sehingga ringan.



Oleskan minyak setiap kali masukkan adunan ke dalam acuan bagi mengelakkan kuih sukar dikeluarkan atau melekat.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 220 darjah.


Keluarkan bahulu yang telah masak dengan berhati-hati. Sedia dihidang :P

Thursday, July 11, 2013

1 KUIH DADAR/GULUNG/KETAYAP



RESEPI KUIH DADAR/GULUNG/KETAYAP
Banyak sungguh namanya. Tapi takpe, yang penting kuihnya satu.. Biasanya orang jual kuih ni berwarna hijau. Tapi untuk makan sendiri, saya tak letak la warna hijau. So putih la jadinya :)

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
secubit garam
air secukupnya
pewarna hijau [jika mahu]
air secukupnya

Cara-caranya
Bancuh bahan-bahan tadi dan kisar supaya menjadi halus. Tebarkan di atas kuali.
sila abaikan rupa paras kuali saya :)


Setelah tepung masak, angkat dan masukkan inti kelapa manis. Gulung cantik-cantik. Balutkan dengan plastik. Siap, sedia dihidang.

*untuk menjadikan kuih cantik, sukat tepung sama aje setiap kali tebar.baru jadi sama besar, sama panjang. selamat mencuba :P

Sunday, January 27, 2013

4 ANA IKAN BAKAR PETAI


Hari ini saya berkesempatan menjamu selera di Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Tq kepada kakak saya yang ingin berkongsikan bonus yang kerajaan beri dengan membelanja kami 1 keluarga besar menjamu selera.

Terletak di Bangi. Senang nak ditunjukkan arahnya. Lepas tol Bangi, ambil bulatan ke kiri dan terus pandang ke kanan nampak restorannya. Persepsi pertama sebelum masuk kedai, wow ramainya orang! Mana nak parking? Ada ke meja? Alhamdulillah kami senang dapat parking. Masalahnya meja. Terpaksa intai meja mana yang agak-agak dah nak habis makan untuk ditunggu. Maaflah, kalau saya yang tengah menjamu selera, saya pun rasa agak rimas bila orang asyik tengok-tengok dan berdiri disisi meja. Tapi memang setiap meja dah ada yang menunggu! Hebat kan restoran ni?

Ok akhirnya kami dapat meja. Kami mula duduk jam 9 malam. Pilih ikan dan order air. Jam 9.50 malam baru makanan mula sampai. Apa maksud mula sampai? Mula-mula nasi dan pinggan sampai. Selang 10min rasanya, air sampai. Selang lagi 10 minit, ikan bakar petai sampai. Nak ditunggu sehingga semua makanan sampai, nasi kami dah jadi beku dan habis air 2 jug! Kenapa tak sampai serentak? Mematikan selera la bagi saya.
nampak kan lauk lain dah habis tapi siakap sweet sour belum usik sebab baru sampai
Air ok, sedap. Makanan pula, saya tak tahu nak komen. Kami makan 10 orang. 9 dewasa 1 kanak-kanak. Yang dewasa sekeliling saya sepakat undi tak sedap, taknak datang lagi restoran ini. Tapi maklumlah masing-masing ada citarasa sendiri. Akak kata sedap. Mungkin abang juga kata sedap. Terpulang. Komen saya, restoran ini mungkin sedang kehabisan cili! Dari tomyam campur, siakap sweet sour sampai ikan bakar petai, semuanya langsung tak pedas! Tak keterlaluan saya katakan macam tak ada cili langsung! Kami ada order udang masak butter serta sotong goreng tepung, itu kami tak harap pun pedas. Tapi kalau tomyam langsung tak pedas, bukanlah tomyam namanya. Bukan nak pentingkan diri. Mungkin restoran ini nak jadi restoran mesra kanak-kanak, tapi at least sediakanlah sambal belacan. Ini komen peribadi saya la.

Mengikut kepada kepadatan pelanggannya, saya rasa restoran ini mungkin menepati citarasa ramai orang tapi nampaknya bukan citarasa saya. Selamat mencuba, mungkin jika anda cuba, anda akan berminat dengan hidangan yang disediakan.