Blogger Themes

Thursday, October 14, 2010

3 RESEPI PUDING JAGUNG

Ingin mencuba buat puding jagung sebagai pencuci mulut tapi tak tahu bagaimana caranya? Jom baca..
BAHAN-BAHAN
1 tin [425 g] jagung
500 g tepung kastard
1 tin [400 ml] susu sejat
100 g gula
420 ml air

CARA MEMBUAT
1. Campurkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam periuk.
2. Panaskan campuran bahan tadi dengan api yang perlahan.
3. Kacau campuran hingga menjadi likat.
4. Setelah likat, tuangkan campuran ke dalam bekas/acuan.
5. Ratakan campuran tersebut dan sedia dihidang.

Selamat mencuba.

3 comments:

mar yanie said...

saya nak cuba!!

mar yanie said...

bley x nk taw 500 g sama ngan bape cawan eh? yg lain2 pun,susah la xreti..hee..100g gula tu bnyk mane..

zmah said...

Best ni...