TERIMA KASIH

Thursday, September 15, 2011

RESEPI DAGING MASAK HITAM

Resepi hari raya, resepi daging masak hitam. Tapi tak sempat ambil gambar, terpaksa cedok dari google..

Bahan-bahan :
Daging
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili kisar
Kicap [terpulang kicap masin/manis]
1 sudu kicap pekat
Lada hitam [kisar]

Cara membuatnya :
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar. Tumiskan.
2. Apabila dah naik bau, masukkan kicap dan kicap pekat. Masukkan juga lada hitam. Seterusnya masukkan daging dan biarkan.
3. Apabila daging dah empuk, baru masukkan garam, gula secukup rasa.
4. Potongkan cili merah, daun sup, tomato dan calery sebagai hiasan.

Selamat mencuba :)

Friday, August 19, 2011

RESEPI KUIH BEDERAM


Tak tahu apa nama sebenarnya. Ada yang panggil kuih bederam, ada juga panggil kuih peneram. Tapi yang paling famous rasanya "telinga keling".

Bahan-bahan
1 mangkuk tepung beras
1 keping gula melaka
1/2 mangkuk air

Cara membuatnya
1. Masakkan gula melaka dengan air sehingga cair.
2. Gaulkan dengan tepung hingga sebati.
3. Bentukkan menjadi bentuk bulat dan sedia digoreng.

P/S : Tips membentuk:- Saya ada lihat orang buat menggunakan cawan saiz sederhana besar, lubangnya pula menggunakan roll benang yang telah habis. Hasilnya kuih anda jadi cantik sekata bentuknya.

Selamat mencuba :)

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI

Resepi ketam masak lemak cili padi

RESEPI SAMBAL SOTONG

Resepi sambal sotong

Friday, August 12, 2011

RESEPI IKAN MASAK MERAH

Resepi ikan masak merah..

Bahan-bahan
5 ekor ikan [terpulang ikan apa]
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
cili kisar [ikut suka hati jika mahu pedas]
sos cili kimball
air asam jawa
garam
gula


Cara membuatnya
1. Goreng ikan terlebih dahulu.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air dan sos cili kimball. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa.
4. Masukkan bawang yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau dan angkat.
6. Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan.
7. Sedia dihidang.

Selamat mencuba :)