Blogger Themes

Wednesday, July 17, 2013

2 RESEPI AYAM MASAK PEDAS

Bahan-bahan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
cili padi
bunga kobis
lobak merah
sos cili
sos tiram

Cara membuatnya
Goreng ayam dulu. Angkat dan ketepikan. Mayang kasar bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Tumis hingga naik bau. Masukkan sedikit air. Masukkan sos cili dan sos tiram. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Masukkan bunga kobis dan lobak merah. Setelah masak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Siap!

1 AYAM GORENG CILI PADI


Bahan-bahan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
cili padi

Cara membuatnya
Goreng ayam yang telah digaulkan garam dan kunyit. Jangan goreng garing ayam tersebut. Jika gemarkan ayam yang dipotong kecil-kecil, potongkan ayam dahulu. Angkat dan ketepikan.

Kisarkan bahan-bahan di atas kecuali cili padi. Tumiskan sehingga naik bau. Kisar cili padi tetapi jangan kisar halus. Tapiskan cili padi tadi untuk buang airnya. Masukkan cili padi yang ditapis tadi dan masak seketika. Masukkan garam, gula dan sedikit cuka secukup rasa.

Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata. Sedia dihidang.

*cili padi ikut selera anda.jika mahu pedas, gunakan lebih.


1 SIAKAP ASAM REBUS

Resepi Ikan Siakap Masak Asam Rebus

Haa nama pun dah ada "rebus". Resepi ni macam asam pedas tapi bezanya asam pedas ditumis dulu manakala asam rebus hanya direbus, tidak menggunakan minyak langsung.

Bahan-bahan
3 potong ikan siakap
1 ulas besar bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
3 keping asam keping
daun kesum

Cara membuatnya
Kisarkan semua bahan di atas kecuali asam keping, daun kesum dan ikan. Masukkan ke dalam kuali. Tambah air secukupnya. Masukkan asam keping dan garam. Biar mendidih. Masukkan ikan siakap serta daun kesum kemudian tunggu ikan masak. Sedia dihidang.

*boleh juga tambahkan bendi atau tomato jika suka.

4 RESEPI KUIH CEK MEK


Pernah makan kuih cek mek? Jom buat sendiri. Lagi puas hati.

Bahan-bahan
Keledek
Tepung gandum
Gula pasir

Cara-caranya
Kupas keledek dan potongkan. Rebus sehingga masak.


Angkat keledek dan toskan. Tumbuk keledek yang masih panas tadi hingga halus. Kepalkan bulat-bulat kesemuanya dan bentukkan menjadi bentuk cek mek. Masukkan gula dan goreng sehingga kekuningan.


Angkat dan sedia dihidang :)




Tuesday, July 16, 2013

1 RESEPI BAHULU

Resepi Kuih Bahulu

Bahan-bahan

10 biji telur gred A
350g gula pasir
1 sudu teh esen vanila
200g tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder

Cara-caranya

Pukul telur, gula dan esen vanila sehingga kembang. Ayakkan tepung gandum dan baking powder. Campur telur yang telah dipukul tadi dengan tepung yang telah diayak. Pukul lagi sehingga ringan.



Oleskan minyak setiap kali masukkan adunan ke dalam acuan bagi mengelakkan kuih sukar dikeluarkan atau melekat.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 220 darjah.


Keluarkan bahulu yang telah masak dengan berhati-hati. Sedia dihidang :P

Thursday, July 11, 2013

1 KUIH DADAR/GULUNG/KETAYAP



RESEPI KUIH DADAR/GULUNG/KETAYAP
Banyak sungguh namanya. Tapi takpe, yang penting kuihnya satu.. Biasanya orang jual kuih ni berwarna hijau. Tapi untuk makan sendiri, saya tak letak la warna hijau. So putih la jadinya :)

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
secubit garam
air secukupnya
pewarna hijau [jika mahu]
air secukupnya

Cara-caranya
Bancuh bahan-bahan tadi dan kisar supaya menjadi halus. Tebarkan di atas kuali.
sila abaikan rupa paras kuali saya :)


Setelah tepung masak, angkat dan masukkan inti kelapa manis. Gulung cantik-cantik. Balutkan dengan plastik. Siap, sedia dihidang.

*untuk menjadikan kuih cantik, sukat tepung sama aje setiap kali tebar.baru jadi sama besar, sama panjang. selamat mencuba :P