Blogger Themes

Monday, July 30, 2012

2 RESEPI KARIPAP AYAM

Karipap boleh jadi karipap ayam,daging mahupun sardin. Terpulang pada citarasa. Hari ni saya share cara buat karipap. Jom cuba.. Tapi resepi saya untuk kuantiti 1kg tepung. Anda sesuaikan sendiri mengikut kuantiti yang anda inginkan.

Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
400g marjerin
air garam

Cara membuatnya
Gaul tepung gandum bersama marjerin. Apabila dah sebati, buatkan air garam [jangan terlalu masin] dan campurkan ke dalam tepung tadi. Gaul sehingga sebati dan tidak terlalu lembik atau keras. Sedang-sedang saja asalkan senang untuk anda bentukkan. Bentukkan tepung tadi menjadi bulat-bulat kecil.

Kemudian gelekkan tepung tadi, masukkan inti dan tutup kemas. Kelim di bahagian tepi karipap. Ulang sehingga siap. Hidupkan api dengan sederhana besar dan masukkan minyak. Minyak panas,masukkan karipap dan goreng. Rajinkan tangan untuk balik-balikkan karipap. Sedia dihidang.

Saturday, July 28, 2012

1 RESEPI INTI KARIPAP AYAM

Hari ni saya share cara buat inti karipap ayam/daging. Terpulang kepada anda nak letak ayam atau daging mengikut citarasa anda. Entri seterusnya saya akan share cara buat karipap pula.

Bahan-bahan
10 biji kentang [dikopek dan dipotong dadu]
ayam/daging dicincang
4 biji bawang merah [dikisar]
3 ulas bawang putih [dikisar]
serbuk kari daging
garam 
gula

Cara membuat
Tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau. Masukkan rempah daging dan air. Masukkan juga kentang dan ayam/daging. Garam dan gula secukup rasa. Dengan api sederhana, kacau sekali sekala. Apabila air tadi menjadi kering dan kentang dah empuk, angkat dan sedia untuk buat karipap :)

Friday, July 27, 2012

1 RESEPI TEPUNG PELITA


Cubaan kali pertama buat tepung pelita. Memang rupa parasnya tak dapat tandingi dengan yang dijual di bazar-bazar Ramadhan tapi rasanya boleh tahan. Daun pisang pun dibuat ikut "free hand" tu yang nampak tidak sama saiz.

Bahan-bahan
a)lapisan hijau
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
2-3 helai daun pandan

b)lapisan putih
4 sudu tepung beras
4 cawan santan
2-3 helai daun pandan [diblend]
garam


Cara membuat
Mula-mula buat acuan. Paling cantik kalau anda ada kotak mancis. Ikut acuan kotak mancis. Barulah tepung pelita anda sama aje panjang lebarnya. Untuk bahagian bawah iaitu yang berwarna hijau,masukkan bahan (a) dan kisar halus.

Masakkan tepung dan kacau hingga berkilat. Angkat dan ketepikan. Kisar pula bahan-bahan (b) dan masak juga hingga berkilat.

Masukkan daun pisang yang telah dibentuk acuan tadi ke dalam loyang [apa-apa bekas untuk dikukus]. Letakkan tepung yang berwarna hijau ke dalam acuan dan pastikan hanya separuh sahaja tepung yang diisi kerana separuh lagi untuk yang berwarna putih. Kukuskan. kira 10 minit, keluarkan loyang tadi dan masukkan tepung yang berwarna putih ke atasnya.

Pastikan tidak melimpah supaya tidak comot. Kukus lagi. 10 minit kemudian boleh diangkat dan sedia dihidang.

Selamat mencuba.

0 RESEPI SINGGANG SOTONG

Resepi singgang sotong. Jangan tak tahu, singgang bukan hanya boleh digandingkan dengan ikan malah dengan sotong pun sedap. Jom cuba..

Bahan-bahan
Sotong [terpulang nak potong atau tidak]
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 batang serai
asam keping
cili padi
garam

Cara-caranya
Ketuk bawang putih, lengkuas, cili padi dan serai dan rebuskan. Masukkan asam keping. Apabila mendidih, masukkan sotong. Masukkan juga garam secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan sedia dihidang.

*singgang ada kalanya berwarna putih atau kekuningan. jika anda sukakan yang berwarna kekuningan, tambahkan sedikit kunyit hidup yang dikisar. untuk mengelakkan singgang sotong anda berwarna kehitaman, pastikan sotong disiang dengan sempurna sebelum dimasak.

===Selamat mencuba===

0 RESEPI GULAI IKAN SENANGIN

Resepi gulai ikan senangin? Atau lebih senang faham, ikan masin. Resepi air tangan mama ketika datang berbuka puasa. Gambar tak sempat ambil sebab siap masak aje dah berbuka puasa, so tak sabar nak makan :)
dicedok dari en.google
Bahan-bahan dikisar
ikan senangin/ikan masin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
seinci lengkuas
2 inci kunyit hidup
cili padi ikut kesukaan anda
santan
garam


Cara-caranya
Mula-mula,rendamkan dahulu ikan masin untuk mengurangkan kemasinannya. Kisar semua bahan dan rebuskan atas dapur. Apabila mendidih, masukkan ikan masin yang telah ditoskan. mendidih sekali lagi, masukkan santan secukupnya. Pastikan garam dimasukkan terakhir sekali kerana takut terlalu masin. Mendidih, sedia dihidang.

*gulai ikan masin boleh dimasak dengan nenas/timun/terung mengikut citarasa anda.


Selamat mencuba :)