Blogger Themes

Friday, July 27, 2012

1 RESEPI TEPUNG PELITA


Cubaan kali pertama buat tepung pelita. Memang rupa parasnya tak dapat tandingi dengan yang dijual di bazar-bazar Ramadhan tapi rasanya boleh tahan. Daun pisang pun dibuat ikut "free hand" tu yang nampak tidak sama saiz.

Bahan-bahan
a)lapisan hijau
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
2-3 helai daun pandan

b)lapisan putih
4 sudu tepung beras
4 cawan santan
2-3 helai daun pandan [diblend]
garam


Cara membuat
Mula-mula buat acuan. Paling cantik kalau anda ada kotak mancis. Ikut acuan kotak mancis. Barulah tepung pelita anda sama aje panjang lebarnya. Untuk bahagian bawah iaitu yang berwarna hijau,masukkan bahan (a) dan kisar halus.

Masakkan tepung dan kacau hingga berkilat. Angkat dan ketepikan. Kisar pula bahan-bahan (b) dan masak juga hingga berkilat.

Masukkan daun pisang yang telah dibentuk acuan tadi ke dalam loyang [apa-apa bekas untuk dikukus]. Letakkan tepung yang berwarna hijau ke dalam acuan dan pastikan hanya separuh sahaja tepung yang diisi kerana separuh lagi untuk yang berwarna putih. Kukuskan. kira 10 minit, keluarkan loyang tadi dan masukkan tepung yang berwarna putih ke atasnya.

Pastikan tidak melimpah supaya tidak comot. Kukus lagi. 10 minit kemudian boleh diangkat dan sedia dihidang.

Selamat mencuba.

1 comment:

ida =) said...

Hahahaha... Xpe. Rupa paras mmg la kalah. Yg penting rasanya menang