Blogger Themes

Friday, August 19, 2011

2 RESEPI KUIH BEDERAM


Tak tahu apa nama sebenarnya. Ada yang panggil kuih bederam, ada juga panggil kuih peneram. Tapi yang paling famous rasanya "telinga keling".

Bahan-bahan
1 mangkuk tepung beras
1 keping gula melaka
1/2 mangkuk air

Cara membuatnya
1. Masakkan gula melaka dengan air sehingga cair.
2. Gaulkan dengan tepung hingga sebati.
3. Bentukkan menjadi bentuk bulat dan sedia digoreng.

P/S : Tips membentuk:- Saya ada lihat orang buat menggunakan cawan saiz sederhana besar, lubangnya pula menggunakan roll benang yang telah habis. Hasilnya kuih anda jadi cantik sekata bentuknya.

Selamat mencuba :)

1 RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI

Resepi ketam masak lemak cili padi

0 RESEPI SAMBAL SOTONG

Resepi sambal sotong

Friday, August 12, 2011

3 RESEPI IKAN MASAK MERAH

Resepi ikan masak merah..

Bahan-bahan
5 ekor ikan [terpulang ikan apa]
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
cili kisar [ikut suka hati jika mahu pedas]
sos cili kimball
air asam jawa
garam
gula


Cara membuatnya
1. Goreng ikan terlebih dahulu.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air dan sos cili kimball. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa.
4. Masukkan bawang yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau dan angkat.
6. Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan.
7. Sedia dihidang.

Selamat mencuba :)

Thursday, August 11, 2011

4 RESEPI UDANG TEMPURA

Resepi udang tempura

0 RESEPI SAMBAL UDANG

Resepi sambal udang mudah aje..Jom tengokkk

0 RESEPI UDANG MASAK SALERI

Resepi udang masak saleri..


Bahan-bahan :
Udang dibuang kulit
4 batang daun saleri - dihiris kasar
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Cili merah - dihiris
Sedikit air
Garam


Caranya membuatnya


1. Tumiskan bawang. Bila dah naik bau,masukkan sedikit air.
2. Masukkan saleri, udang dan cili.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Kacau rata dan sedia dihidang :)


Resepi asal SELERA4U 


0 RESEPI UDANG MASAK LEMAK CILI PADI

Resepi udang masak lemak cili padi

Friday, August 5, 2011

1 RESEPI KEK BATIK

Cara buat kek batik..

Bahan-bahannya
1 bungkus biskut marie
100g butter cup
2 biji telur
1 cawan serbuk coklat
1/2 cawan milo
1 cawan air
3/4 cawan gula [atau boleh dikurangkan ikut suka]


Cara membuatnya :
1. Kacau semua bahan dalam periuk menggunakan api sederhana.
2. Tutup api dan masukkan biskut marie yang telah dipatah2kan.
3. Tuang ke dalam loyang, tekan biar mampat dan sejukkan dalam peti sejuk.
4. Sedia dipotong dan dihidang.


Selamat mencuba.

0 RESEPI PENKEK

Bahan-bahannya :
2 cawan penuh tepung serbaguna
2 biji telur
2 sb minyak zaitun
1 1/3 cawan susu segar
2 sb gula perang / madu

Caranya:

1. Gaul sebati semua bahan.
2. Goreng hingga keperangan.

P/S : Apabila penkek siap dimasak, anda boleh hidangkannya dengan madu/ coklat/ apa2 jem yang ada dipasaran mengikut citarasa anda.

Selamat mencuba.

0 RESEPI IKAN SINGGANG

Cara masak ikan singgang mudah, simple dan pantas.

Bahan-bahannya :-
2 ekor ikan kembung [dikerat 2]
3 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
4 keping asam keping
garam


Cara membuat :
1. Ketuk lengkuas,bawang putih dan cili padi dan rebuskan di dalam kuali. Kuantiti air mengikut kuantiti kuah yang anda inginkan.
2. Masukkan asam keping.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan dan garam secukup rasa.
4. Boleh juga masukkan bendi jika anda suka.
5. Tunggu seketika sehingga masak dan sedia dihidang.

Selamat mencuba.

0 RESEPI KUIH DADAR

Resepi kuih dadar

Tuesday, August 2, 2011

1 RESEPI TONGKENG BAKAR

Resepi tongkeng ayam bakar

2 RESEPI PUYUH PENYET

Cara membuat puyuh penyet

1. Perapkan puyuh bersama bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar.
2. Goreng garing.
3. Ketuk dan penyekkan puyuh yang telah siap digoreng.
4. Hidang bersama sambal.

Cara membuat sambalnya :
1. Goreng cili padi, bawang merah dan tomato sehingga layu.
2. Tumbukkan / lenyekkan kesemua bahan di atas bersama sedikit garam dan gula serta belacan.
3. Sedia dihidang.

p/s :- Puyuh penyet dihidang bersama nasi, sambal, tauhu dan tempe goreng. Selamat mencuba.