Blogger Themes

Thursday, July 3, 2014

2 RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG

Resepi sotong goreng tepung ala-ala salted squid gitu.. Haha..

Bahan-bahan
Sotong
Telur masin
Tepung goreng adabi

Cara membuatnya
Pecahkan telur masin dan kacau biar kembang. Celup sotong dalam telur dan golekkan atas tepung adabi pula. Terus goreng. Siap! Dapatlah rasa sotong ala-ala salted squid. Ada la rasa telur masinnya. Next time sy update resepi salted squid yang betul ok? 

0 RESEPI AYAM ASAM PEDAS

Resepi ayam masak asam pedas

Bahan-bahan
Ayam
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1cm halia
Cili kering
Daun kesum
Bunga kantan
Air asam jawa
Garam

Cara membuatnya
Mula-mula kisar sampai halus bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering rebus. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga wangi. 

Masukkan air, air asam jawa dan sedikit garam. Biar mendidih. Kemudian masukkan ayam. Biar hingga masak.

Setelah ayam masak, masukkan daun kesum dan bunga kantan yang telah diketuk. Rasa dan sedia dihidang.

P/s: Dalam gambar tak nampak daun kesum dan bunga kantan sebab saya tak masukkan. Maklumlah masak ikut apa yang ada dirumah. Tapi jika ada daun kesum dan bunga kantan, lagi sedap dan naik bau.

Wednesday, July 2, 2014

1 RESEPI SUP AYAM

Resepi sup ayam yang mudah dan sedap!!!

Bahan-bahan
Ayam dipotong kecil
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
Sup bunjut ayam
Lada hitam (serbuk)
Lada putih (serbuk)
Cili padi
Saderi
Tomato
Daun sup
Bawang holland
Kentang

Cara membuatnya
Mula-mula panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan sub bunjut. Apabila wangi, masukkan air. Apabila mendidih, masukkan ayam, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam. Apabila ayam separuh masak, masukkan kentang. Biarkan sehingga kentang empuk. Ketuk cili padi secukupnya. Masukkan batang saderi, bawang holland. Apabila dah cukup rasa, masukkan tomato, daun sup dan perahan air limau nipis. Taburkan bawang goreng dan sedia dihidang.

Selamat mencuba!

1 RESEPI DAGING MASAK PEDAS

Resepi Daging Masak Pedas

Hari ni nak share resepi daging masak pedas versi mak mertua ajar. Sedappp..

Bahan-bahan
Daging dipotong dadu
Cili giling
1 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
Mula-mula panaskan sedikit minyak. Masukkan cili giling. Kacau sehingga masak. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar tadi. Masukkan juga sedikit air.

Kemudian masukkan daging. Biarkan sehingga daging lembut. Kacau sekali sekala. Apabila daging lembut, masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika masakan tadi tiada kuah, boleh tambah sedikit air. Sedia dihidang.

Selamat mencuba.

Tuesday, July 1, 2014

2 RESEPI KEK BATIK

Resepi kek batik.
Kali ni saya nak share resipi kek batik yang teramat mudah tapi sedap pula.

Bahan-bahan
Biskut mary
Milo
Susu pekat
Marjerin

Cara Membuatnya
Panaskan kuali, masukkan marjerin 3 sudu besar. Biarkan cair. Masukkan susu cair 1/4 dari tin (jangan terlebih nanti manis). Masukkan milo ikut suka nak sikit ke banyak. Kacau sehingga mendidih. Kemudian masukkan biskut mary yang telah dipatah-patahkan, kacau rata. Angkat dan masukkan dalam bekas. Tekan-tekan bagi mampat. Masukkan dalam peti sejam. Sedia dihidang!

P/S: Utk dapatkan hasil kek batik yang rangup, jangan biarkan biskut terdedah lama. Juga masa gaulkan biskut, gaul sekejap sahaja.

Selamat mencuba :)

Monday, June 30, 2014

1 RESEPI SUP TULANG

 RESEPI SUP TULANG

Bahan-bahan
Tulang
1 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
1 bunjut sup tulang
Saderi
Bawang holland
Kentang
Cili padi
Perahan air limau nipis

Cara membuatnya
Rebus tulang sehingga lembut. Ketepikan. Tumis bawang merah dan bawang putih serta sup bunjut. Apabila dah wangi, masukkan tulang bersama air rebusan tulang tadi. Kalau tak cukup kuah, tambahkan air. Masukkan kentang. Rebus sehingga kentang lembut. Masukkan bawang holland dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan saderi bersama perahan air limau nipis. Ketuk cili padi secukupnya. Rasa dan angkat.
Rebis tulang sehingga lembut

0 TELUR BUNGKUS

Telur bungkus homemade yang mudah!

Bahan-bahan
1 ulas bawang merah (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dipotong dadu)
Setangkai cili padi
1/2 sudu cili giling
Ayam (dicincang)
1/2 biji tomato (dipotong dadu)
Cendawan (dipotong dadu)
Sos cili
Garam dan gula
2 biji telur

Cara membuatnya
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi serta cili giling hingga wangi. Setelah wangi tambahkan air sikit, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan ayam yang telah dicincang. (sy gunakan meatball chicken shj). Apabila ayam dah masak, masukkan tomato dan cendawan. Kacau dan angkat. Ketepikan.
Ambil telur dan kacau. Panaskan kuali. Masukkan telur dan tebar telur sebesar yang boleh. Letakkan inti yang diketepikan tadi ditengah-tengah. Bungkus dan angkat. Siap!