Resepi kek batik.
Kali ni saya nak share resipi kek batik yang teramat mudah tapi sedap pula.
Bahan-bahan
Biskut mary
Milo
Susu pekat
Marjerin
Cara Membuatnya
Panaskan kuali, masukkan marjerin 3 sudu besar. Biarkan cair. Masukkan susu cair 1/4 dari tin (jangan terlebih nanti manis). Masukkan milo ikut suka nak sikit ke banyak. Kacau sehingga mendidih. Kemudian masukkan biskut mary yang telah dipatah-patahkan, kacau rata. Angkat dan masukkan dalam bekas. Tekan-tekan bagi mampat. Masukkan dalam peti sejam. Sedia dihidang!
P/S: Utk dapatkan hasil kek batik yang rangup, jangan biarkan biskut terdedah lama. Juga masa gaulkan biskut, gaul sekejap sahaja.
Selamat mencuba :)
2 comments:
sedap ni..
alamakkkkk... teringin nak buat!
lama dah beli brg2 nya!!!!
Post a Comment