Blogger Themes

Sunday, November 18, 2012

4 Resepi Lidah Goreng

pic live dari kuali :)
Resepi Lidah Goreng

Bahan-bahan
Lidah lembu
Bawang holland/bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili padi
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Garam

Kebiasaannya orang akan rebus dahulu lidah sebelum masak apa-apa resepi tapi ini resepi dari ibu saya, tidak perlu direbus dahulu. Caranya mudah. Mula-mula potong lidah nipis-nipis. Kemudian bawang holland/bawang merah, bawang putih dan halia dipotong kasar. Tumiskan. Apabila dah naik bau, masukkan ke dalam kuali cili padi, sedikit serbuk lada hitam dan lada putih serta garam secukup rasa. Masukkan lidah dan kacau rata hingga lidah masak. Sedia dihidang. Mudah kan? Selamat mencuba :)

0 Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi




Resepi ulang tayang. Udang besar-besar dibuat masak lemak cili padi. Memang umph!!!

Resepi di sini.

Saturday, November 17, 2012

1 Resepi Nasi Goreng Tempe


Menu breakfast yang simple dan sangat mengenyangkan. Anda boleh cuba di rumah. Sebenarnya, ia adalah resepi nasi goreng kampung. Tapi, saya gantikan kangkung dengan pak choy, tambahkan ayam dan tidak meletakkan cili. Kerana saya makan bersama sambal lada.


Tanpa sos, tanpa kicap. Resepi asli sahaja.


Bahan-bahannya :
Nasi - dileraikan
2 ulas bawang putih - mayang
1 ulas bawang merah - mayang
Sedikit pak choy
Segenggam bilis goreng
Sepeket tempe - hiris nipis dan goreng
Garam
Sebiji telur
Seketul ayam - dicincang

Caranya : Tumis bawang hingga wangi. Masukkan ayam. Kacau-kacau hingga ayam masak. Masukkan sedikit garam. Kacau lagi. Pecahkan telur dan kacau lagi. Setelah telur masak, masukkan pak choy, bilis dan tempe. Gaul sempurna. Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan sedia di makan.

Thursday, November 15, 2012

0 Resepi Maggie Goreng



Hari ini, kita makan menu yang simple sahaja. Menu mudah untuk orang bujang, iaitu Maggie Goreng Bujang.

Bahan-bahan :
Sebungkus Mee maggie - rendam air panas dan toskan
5 ekor udang - buang kulit
Sedikit sawi
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 ulas bawang merah - ditumbuk
1 biji telur
Sesudu cili kisar
sedikit kicap pekat, sos tomato
Hirisan lada
Hirisan timun
Sedikit lemon - untuk perahan

Cara membuatnya :
Tumis bawang putih, bawang merah. Kemudian, masukkan cili kisar. Tumis hingga garing. Masukkan telur. Kacau sekejap. Masukkan sos tomato, kicap pekat dan sedikit air.
Masukkan garam dan udang. Masukkan mee. Masukkan sawi. Kacau-kacau. Jika rasa sudah ok tahap masinnya, angkat. Hias dengan lada dan hirisan timun