Hari ini, kita makan menu yang simple sahaja. Menu mudah untuk orang bujang, iaitu Maggie Goreng Bujang.
Bahan-bahan :
Sebungkus Mee maggie - rendam air panas dan toskan
5 ekor udang - buang kulit
Sedikit sawi
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 ulas bawang merah - ditumbuk
1 biji telur
Sesudu cili kisar
sedikit kicap pekat, sos tomato
Hirisan lada
Hirisan timun
Sedikit lemon - untuk perahan
Cara membuatnya :
Tumis bawang putih, bawang merah. Kemudian, masukkan cili kisar. Tumis hingga garing. Masukkan telur. Kacau sekejap. Masukkan sos tomato, kicap pekat dan sedikit air.
Masukkan garam dan udang. Masukkan mee. Masukkan sawi. Kacau-kacau. Jika rasa sudah ok tahap masinnya, angkat. Hias dengan lada dan hirisan timun
No comments:
Post a Comment