Blogger Themes

Sunday, January 27, 2013

4 ANA IKAN BAKAR PETAI


Hari ini saya berkesempatan menjamu selera di Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Tq kepada kakak saya yang ingin berkongsikan bonus yang kerajaan beri dengan membelanja kami 1 keluarga besar menjamu selera.

Terletak di Bangi. Senang nak ditunjukkan arahnya. Lepas tol Bangi, ambil bulatan ke kiri dan terus pandang ke kanan nampak restorannya. Persepsi pertama sebelum masuk kedai, wow ramainya orang! Mana nak parking? Ada ke meja? Alhamdulillah kami senang dapat parking. Masalahnya meja. Terpaksa intai meja mana yang agak-agak dah nak habis makan untuk ditunggu. Maaflah, kalau saya yang tengah menjamu selera, saya pun rasa agak rimas bila orang asyik tengok-tengok dan berdiri disisi meja. Tapi memang setiap meja dah ada yang menunggu! Hebat kan restoran ni?

Ok akhirnya kami dapat meja. Kami mula duduk jam 9 malam. Pilih ikan dan order air. Jam 9.50 malam baru makanan mula sampai. Apa maksud mula sampai? Mula-mula nasi dan pinggan sampai. Selang 10min rasanya, air sampai. Selang lagi 10 minit, ikan bakar petai sampai. Nak ditunggu sehingga semua makanan sampai, nasi kami dah jadi beku dan habis air 2 jug! Kenapa tak sampai serentak? Mematikan selera la bagi saya.
nampak kan lauk lain dah habis tapi siakap sweet sour belum usik sebab baru sampai
Air ok, sedap. Makanan pula, saya tak tahu nak komen. Kami makan 10 orang. 9 dewasa 1 kanak-kanak. Yang dewasa sekeliling saya sepakat undi tak sedap, taknak datang lagi restoran ini. Tapi maklumlah masing-masing ada citarasa sendiri. Akak kata sedap. Mungkin abang juga kata sedap. Terpulang. Komen saya, restoran ini mungkin sedang kehabisan cili! Dari tomyam campur, siakap sweet sour sampai ikan bakar petai, semuanya langsung tak pedas! Tak keterlaluan saya katakan macam tak ada cili langsung! Kami ada order udang masak butter serta sotong goreng tepung, itu kami tak harap pun pedas. Tapi kalau tomyam langsung tak pedas, bukanlah tomyam namanya. Bukan nak pentingkan diri. Mungkin restoran ini nak jadi restoran mesra kanak-kanak, tapi at least sediakanlah sambal belacan. Ini komen peribadi saya la.

Mengikut kepada kepadatan pelanggannya, saya rasa restoran ini mungkin menepati citarasa ramai orang tapi nampaknya bukan citarasa saya. Selamat mencuba, mungkin jika anda cuba, anda akan berminat dengan hidangan yang disediakan.

4 comments:

fara aqula said...

mugkin terlalu ramai sangat customer,tukang masak pun jadi kelam kabut & banyak bahan masakan dah habis..1 lagi, kan kerajaan baru dapat gaji & bonus.. samalah dengan saya, baru-baru ni pergi makan di restoren kegemaran, memang sedap tapi disebabkan terlalu ramai customer malam tu, kami makan memang x lalu.. masakan pun nampak pucat..

hainom OKje said...

ha..ha.... kalau lambat sampai cam tu... tak yah try pun tak pe kan ...

Hilang selera terus...dahlah tak pedas ...lambat pulak tu... tu yg nak marah tu

Nurul Faiz said...

pernah jugak makan ikan bakar petai tu masa dekat kuantan dulu.

Noor Mala Shahar said...

sedapnye...