Blogger Themes

Sunday, May 1, 2011

0 RESEPI TAUGEH MASAK LEMAK

Cara masak taugeh masak lemak. Senang dan pantas.
Bahan-bahannya

1 ulas bawang merah [dikisar]
1 tangkai cili merah [dipotong serong]
1 keping tauhu
sedikit taugeh
sedikit daun kuchai
sedikit serbuk lada hitam
sedikit santan

Cara membuatnya

1. Tumiskan bawang merah. Selepas naik bau, masukkan air.
2. Masukkan tauhu sehingga mendidih. Masukkan juga garam dan serbuk lada hitam.
3. Masukkan santan, tunggu mendidih dan masukkan semua bahan yang ada diatas. Tunggu mendidih dan sedia dihidang.

Selamat mencuba.

No comments: