Blogger Themes

Sunday, May 1, 2011

1 RESEPI AYAM MASAK MERAH


Ayam masak merah sedap dimakan bila-bila masa. Jom tengok resepinya...
Bahan-bahannya

3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 inci halia
sedikit cili kisar
sos cili kimball
air asam jawa
garam dan gula
5 ketul ayam [diperap dengan garam dan kunyit dan digoreng]

Cara membuatnya

Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan cili kisar. Apabila naik bau, masukkan sedikit air. Masukkan sos cili kimball, air jawa, garam dan gula secukup rasa. Apabila cukup rasa, masukkan ayam yang telah siap digoreng dan dikacau rata. Juga boleh masukkan tomato yang dipotong empat. Kacau rata dan sedia dihidang. Taburkan sedikit daun sup.

1 comment:

Jennifer said...

erm..niceeee.... :)