Blogger Themes

Wednesday, August 25, 2010

0 RESEPI LASAGNA

Ini satu lagi resipi makanan barat untuk dicuba iaitu lasagna. Anda boleh memilih untuk membuat lasagna ayam mahupun daging mengikut citarasa anda.
BAHAN UNTUK LASAGNA

Kulit lasagna
Keju mozarela

BAHAN UNTUK SOS DAGING/AYAM
1 paket daging/ayam kisar
1 tin cendawan butang - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
5 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar puri tomato
2 sudu sos cili
1 kiub pati ayam
Sedikit lada hitam
Sedikit oregano
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK SOS PUTIH
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
250 ml susu penuh krim
1/2 potong keju cheddar
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT
1. Untuk sos daging/ayam, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga kering dan masukkan daging/ayam.
3. Setelah daging/ayam empuk, masukkan puri tomato, sos cili, kiub ayam, oregano dan lada hitam.
4. Masak sehingga sebati, masukkan cendawan butang dan ketepikan.
5. Untuk sos putih, cairkan mentega dan masukkan tepung. Masak atas api sederhana dan kacau sehingga sebati.
6. Kemudian, masukkan susu dan kacau sehingga kuah pekat.
7. Masukkan sedikit garam, lada sulah diikuti dengan keju. Ketepikan.
8. Bagi menyediakan lasagna, lapik pembalut aluminium di atas loyang dan letak sedikit sos daging/ayam supaya lasagna tidak melekat. Susun lasagna secara rapat diikuti dengan lapisan sos daging/ayam dan sos putih berselang-seli.
9. Kemudian tabur keju mozarela dengan banyak. Ulang langkah ini hingga penuh loyang.
10. Bakar pada suhu 180-185 darjah celcius selama 45 minit. Biarkan sejuk sebelum dihidang. 

No comments: