Blogger Themes

Wednesday, August 25, 2010

0 RESEPI MI KARI NYONYA

 
Sekali sekala menu nasi ditukarkan kepada mi boleh mengelakkan dari rasa jemu tengok nasi. Hari ini aneka resipi ingin berkongsi resipi mi kari nyonya.
BAHAN-BAHAN
Mi kuning secukupnya
1/2 kg santan
200gm bawang besar-dikisar
50gm bawang putih-dikisar
150gm cili kering-dikisar
50gm asam keping
50gm udang kering-dikisar
3 batang serai dititik
30gm isi kerang
30gm isi ayam
30gm isi udang
30gm tauge
30gm bendi
1 keping tauhu kering
gula dan garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama santan.
2. Kemudian masukkan udang kering,serai,kerang,isi ayam,udang,bendi dan tauhu kering.
3. Kacau lalu masukkan garam dan gula secukup rasa. Biar sehingga mendidih.
4. Setelah kuah siap dimasak, masukkan mi dan taugeh serta daun hiasan dan cili  dan telur [jika mahu] ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah.

Selamat mencuba..

No comments: