Blogger Themes

Wednesday, August 25, 2010

0 RESEPI SOTONG GORENG LADA HITAM


Ringkas tapi menyelerakan. Sotong goreng lada hitam..

BAHAN-BAHAN
1/2kg anak sotong
5tangkai cili padi-dipotong kecil
3ulas bawang putih-dihiris nipis
3sudu besar serbuk lada hitam
1sudu besar sos soya
1 susu besar gula kelapa laut
Sedikit minyak untuk menumis


CARA MEMBUAT
1. Goreng anak sotong hingga separuh masak dan angkat. Ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan cili padi, bawang putih dan tumiskan seketika.
3. Kemudian, masukkan sos soya, gula kelapa laut lalu dikacau seketika. Selepas itu masukkan anak sotong yang telah siap digoreng tadi.
4. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan gaulkan hingga sebati. Sedia dihidang.
Selamat mencuba.

No comments: